top of page

Sejarah Ringkas IPDAS

S E J A R A H  I P D A S
 

1979 -  Pusat Latihan Dakwah Keningau. Diasas Dan Ditubuhkan  Oleh Kerajaan Negeri Sabah  Dan Diurus Oleh Majlis Ugama  Islam Sabah (MUIS)

​

1984 - Pusat Latihan Dakwah  Keningau Diserahkan Kepada Bahagian Hal Ehwal Islam Sabah (BAHEIS)

​

1999 - Kompleks PLD Keningau Dibina Semula Oleh Kerajaan      Persekutuan Melalui Jakim.

2002 - Komplek Baru PLD Keningau Digunakan Sepenuhnya

 

2008 - PLD Keningau Melaksanakan Diploma Berkembar Dengan IKMAS Sarawak

 

2012 - PLD Keningau Diistiharkan Sebagai  Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)

​

2015 – IPDAS Melaksanakan Diploma Dakwah Islamiyyah Sepenuhnya.

Lipatan Sejarah Penubuhan

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) atau Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) ini telah dibangunkan pada bulan Oktober tahun 1979.

​

IMBASAN SEJARAH

​

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) atau Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) ini telah dibangunkan pada bulan Oktober tahun 1979. Semasa mula beroperasi ianya dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Pada era kerajaan Parti Berjaya menerajui pemerintahan negeri Sabah terdapat ramai penduduk Sabah yang telah memeluk agama Islam tetapi tiada usaha susulan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu tujuan utama pusat ini dibangunkan adalah untuk memberi bimbingan agama kepada golongan muallaf ini.

​

Kemudian mulai bulan Jun tahun 1984, IPDAS telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan dan diuruskan pula oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjalankan operasi yang serupa.Sejarah awal penubuhan pusat ini adalah untuk memberikan bimbingan dan didikan agama Islam kepada masyarakat Sabah yang baru memeluk agama Islam. Sehingga kini matlamat tersebut masih diteruskan bahkan diperluaskan lagi kepada remaja Islam asal.

​

Jumlah peserta yang berjaya dilatih di pusat ini melebihi 5,000 orang. Lantaran peranannya yang sangat penting itu IPDAS terkenal di seluruh Sabah. Kini hala tuju IPDAS lebih mencabar dalam menempuh era Islam globalisasi. Serentak dengan itu IPDAS melangkah setapak kehadapan untuk menaiktaraf pengajian ke peringkat lebih tinggi setanding dengan keperluan semasa iaitu melaksanakan kursus peringkat Diploma Pengajian Islam & Dakwah dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) JAKIM Cawangan Sarawak.

​

Hasil resolusi Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Pusat-Pusat Latihan Jakim Cawangan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2012 yang dipersetujui oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri Di Jabtan Ketua Menteri Sabah, bermula bulan Mei 2012, IPDAS dijangka akan merekrut pelatih diploma secara sepenuhnya di bangunan IPDAS sendiri tanpa perlu ke IKMAS lagi.

​

 

​

bottom of page